Jualan Amal Siri Video Premium Puan Ainon Mohd
Berikut adalah kandungan setiap siri video rakaman ini.
SIRI KURSUS MENYEDIAKAN MODUL UNTUK TRAINING
01 Pengenalan Konsep Pemindahan Skil Dari Trainer kepada Peserta
02 Teknik Pertanyaan Dalam Proses Memindahkan Skil
03 Teknik Memastikan Peserta Tahu Bezakan Problem dan Mistake
04 Memilih Skil Yang Ingin Dilatih Pada Peserta
05 Membina Modul Mengikut Experiential Learning
06 Mereka Bentuk Silabus Training
SIRI MOTIVASI MENGGUNAKAN TEKNIK DARI HADIS
01 Teknik Mendorong Orang Bawahan
02 Teknik Double Standard
03 Teknik Gunakan Otak Staf
04 Teknik Membetulkan Kerja Staf
05 Teknik Bersahabat dengan “Pendosa”
06 Teknik Role Modelling
07 Teknik Menegur Kesilapan Personal
08 Teknik Menjawab Persoalan Kritikal Staf
09 Teknik Mengurus Disiplin Kerja Staf
10 Teknik Memulihkan Semangat Staf
11 Teknik Meleraikan Konflik dan Pergaduhan
12 Teknik Mengurus Proses dan Mengurus Hasil
13 Teknik Memuji Staf Penting
14 Teknik Mendorong Staf Yang Rendah Prestasi
15 Teknik Kaunseling dalam Organisasi dan Keluarga
16 Teknik Merapatkan Jurang Psikologi antara Ketua dengan Staf
17 Ciri Ciri Personaliti Seorang Ketua Yang Bagus
18 Teknik Membetulkan Kesalahan Staf Yang Masih Lemah
19 Teknik Mendorong Staf Buat Apa Yang Kita Mahukan
SIRI POLITIK LIKE MUHAMMAD
01 Pengenalan dan Konsep Politik Nabi Muhammad SAW
SIRI PENGUCAPAN AWAM LIKE MUHAMMAD
01 Teknik Nabi dalam Membentuk Naratif Pengucapan Awam yang Berpengaruh
POLISI KEPENGGUNAAN & TERMA PEMBELIAN
1.0 Status Hak Cipta
Semua rakaman video dalam arkib ini adalah hak cipta milik perakam dan penyunting selaku pemegang hak rakaman, bersama Puan Ainon Mohd sebagai penyampai kandungan.
Kebenaran eksklusif telah diberikan untuk pelaksanaan jualan amal ini.
Rakaman ini dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987 Malaysia serta konvensyen hak cipta antarabangsa yang berkuat kuasa.
2.0 Struktur Pembelian Terhad
Siri video ini dibuka kepada maksimum 90 pembeli sahaja:
• 30 pembelian pertama pada harga RM1500
• 60 pembelian berikutnya pada harga RM3000
Setiap pembeli menerima:
• Akses muat turun melalui PCloud selama 30 hari
Selepas kuota dipenuhi, jualan ditutup sepenuhnya.
3.0 Format & Tempoh Akses
Akses diberikan melalui PCloud selama 30 hari dari tarikh pembelian.
Pembeli bertanggungjawab memuat turun semua fail dalam tempoh tersebut.
Tiada kewajipan untuk memulihkan atau menyambung akses selepas tempoh tamat.
4.0 Skop Hak Penggunaan
Hak penggunaan adalah terhad kepada:
• Penggunaan peribadi.
• Perkongsian dalaman dalam organisasi pembeli.
• Pembangunan modul latihan untuk klien sendiri tanpa menggunakan jenama “Teknik Nabi” & "Like Muhammad" sebagai bahan pemasaran.
Hak ini tidak eksklusif, tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh dilesenkan semula.
5.0 Larangan Pengedaran, Replikasi & Terjemahan
Pembeli adalah dilarang sama sekali untuk:
• Memuat naik, menyiarkan, menstrim atau berkongsi semula mana-mana bahagian video sama ada penuh, sebahagian atau diubah suai ke mana-mana platform awam atau tertutup.
• Berkongsi melalui Google Drive, Telegram, WhatsApp, Discord, LMS berbayar, keahlian tertutup atau mana-mana platform digital lain.
• Menjual semula, memindah milik, menyewakan atau memberi akses kepada pihak ketiga.
• Menghasilkan transkrip untuk tujuan komersial.
• Menggunakan AI untuk menyalin, merumus atau menukar kandungan kepada bentuk lain bagi tujuan jualan atau penerbitan.
• Menerbitkan buku, artikel, modul atau bahan latihan yang mengambil struktur atau kandungan unik arkib ini.
• Menggunakan jenama “Teknik Nabi” & "Like Muhammad" dalam penawaran komersial.
• Menterjemah kandungan ke mana-mana bahasa lain bagi tujuan pengedaran, penjualan atau penerbitan di dalam atau luar negara tanpa kebenaran bertulis.
• Menjual, mengedar atau mengeksport kandungan ini ke luar Malaysia dalam apa jua bentuk tanpa kebenaran bertulis.
6.0 Larangan Penggunaan Berlapis
Pembeli tidak dibenarkan:
• Menggunakan kandungan sebagai bahan utama dalam kursus berbayar milik sendiri.
• Menjadikan arkib ini sebagai bonus dalam pakej produk lain.
• Menawarkan tontonan berkumpulan berbayar kepada pihak luar organisasi.
7.0 Penguatkuasaan & Tindakan Undang-Undang
Sebarang pelanggaran akan menyebabkan:
• Letter of Demand (LOD) dikeluarkan tanpa notis lanjut.
• Tindakan sivil termasuk tuntutan ganti rugi, injunksi dan perintah mahkamah.
• Semua kos guaman dan perundangan ditanggung sepenuhnya oleh pihak pelanggar.
Pihak pemilik hak cipta berhak mengambil tindakan undang-undang di Malaysia dan, jika perlu, di luar negara berdasarkan perlindungan hak cipta antarabangsa.
8.0 Polisi Bayaran
Semua pembelian adalah muktamad dan tidak boleh dipulangkan.
9.0 Struktur Sumbangan Amal
Bagi 30 pembelian pertama, RM1000 daripada setiap pembelian akan disumbangkan kepada projek kebajikan Orang Asli di sekitar Janda Baik dan Bukit Tinggi.
Sasaran kutipan keseluruhan adalah RM30,000.
10.0 Pelaporan Projek
Pelaporan akan dibuat oleh Tuan Abd Mannan Mohd Warah melalui platform media sosial beliau.
11.0 Bidang Kuasa
Sebarang pertikaian yang timbul daripada pembelian dan penggunaan arkib ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.
12.0 Penafian
Koleksi video ini adalah bahan pendidikan. Hasil pelaksanaan bergantung kepada tindakan dan konteks pengguna.
Dengan membuat pembelian, pembeli dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju sepenuhnya dengan semua terma dan polisi ini.