Online Course Membina SOP Operasi Bisnes
Online Course Membina SOP Operasi Bisnes
Transformasi Urus Tadbir Bisnes Anda Bermula Di Sini
Kuasai seni membangunkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sistematik untuk memperkukuhkan operasi bisnes anda secara menyeluruh.
Kursus atas talian ini dirangka khusus untuk pemilik bisnes kecil, sederhana atau organisasi yang ingin menstruktur semula aliran kerja harian supaya lebih tersusun, cekap dan bebas daripada kebergantungan kepada individu.
Kenapa Kursus Ini Diperlukan Dalam Bisnes Anda?
Kebanyakan masalah pengurusan bisnes berpunca daripada ketiadaan SOP yang jelas dan terperinci. Kursus ini direka untuk menangani cabaran seperti:
- Pertindihan tugas antara staf yang melemahkan produktiviti
- Keputusan penting dibuat tanpa rujukan dokumentasi
- Kebocoran keuntungan akibat proses kerja yang longgar
- Arahan yang tidak difahami akibat ketiadaan sistem penyampaian formal
- Pengurusan data dan output tanpa kawalan atau jejak semakan
- Ketergantungan staf terhadap pengurusan atasan untuk setiap tindakan
- Kekeliruan tugas apabila ketiadaan staf utama
- Isu pengurusan staf yang berlarutan tanpa penilaian sistematik
Apa Yang Akan Anda Pelajari?
Kursus ini terdiri daripada 6 modul komprehensif:
- Pengenalan SOP Untuk Organisasi – Fahami asas dan peranan SOP dalam membina organisasi yang stabil.
- Pembangunan Checklist – Kenal pasti elemen wajib yang menjadi teras kepada setiap proses kerja.
- Pembangunan Borang Kawalan – Rangka borang untuk semakan, rekod dan pengesahan dalaman.
- Pembangunan SOP Operasi Bisnes – Tulis, susun dan sistematikkan operasi kerja yang sedia ada.
- Menguatkuasakan SOP – Pelajari kaedah praktikal mengimplimentasi SOP secara menyeluruh.
- Menyusun Strategi SOP Organisasi – Bangunkan pelan strategik meliputi seluruh jabatan dan staf.
Siapa Patut Sertai?
Kursus ini amat diperlukan oleh:
- Pemilik bisnes kecil dan sederhana yang mahu menstruktur semula operasi.
- Pengurus organisasi yang mahu menambah baik pengurusan dalaman.
- Pasukan eksekutif yang ingin memperkenalkan sistem kawalan kerja lebih berkesan.
Maklumat Kursus Online
Kursus Online ini akan dijalankan menggunakan aplikasi ZOOM pada:
- Akan diumumkan kelak
- Jam 8 pagi hingga 5 petang
- Rakaman kursus akan diberikan selepas 4 jam
Maklumat Tenaga Pengajar
Kursus ini akan disampaikan oleh Tuan Ahmad Mohamad Afandi, Pegawai Penilai Bertauliah JPK & HRDC Certified Trainer dalam bidang Pengurusan & Strategi Pemasaran Bisnes,