Personal Coaching Bangunkan SOP Operasi Bisnes
Personal Coaching Bangunkan SOP Operasi Bisnes
Bimbingan Eksklusif Membangunkan Sistem Kerja Bisnes Anda Secara Terus Bersama Konsultan
Personal Coaching ini direka khusus untuk membantu pemilik bisnes dan organisasi membina SOP Proses Bisnes secara menyeluruh, tersusun dan bersifat boleh dikuatkuasakan.
Sesi ini adalah lanjutan daripada Online Course Membina SOP Operasi Bisnes, dan disediakan dalam bentuk bimbingan peribadi yang memfokuskan kepada pembangunan sistem kerja sebenar di dalam operasi bisnes harian.
Kenapa Coaching Ini Penting untuk Bisnes Anda?
Membangunkan SOP organisasi selain dari menulis dokumen, ianya mungkin memerlukan bimbingan langsung bagi menyusun struktur kerja yang realistik, mengawal proses dengan betul dan memastikan staf faham serta melaksanakannya tanpa bergantung kepada pengurusan setiap masa.
Coaching ini disediakan untuk menangani cabaran seperti:
- Kesukaran membina SOP operasi yang kompleks secara kendiri.
- Ketiadaan sistem pemantauan dan semakan pembangunan SOP.
- Kekeliruan dalam mereka bentuk borang kawalan dan mekanisme pelaksanaan.
Apa Yang Anda Akan Peroleh Melalui Coaching Ini?
Program coaching ini merangkumi bimbingan teknikal dan strategik yang melibatkan:
- Lawatan ke premis selama 2 hari setiap bulan.
- Sesi 1 to 1 atau 1 to Many selama 8 jam sehari, bersama pemilik bisnes atau seluruh pasukan organisasi. 3 Jam proses pemindahan skil dan 5 jam proses pemantauan dan khidmat teknikal penghasilkan dokumen SOP.
- Tiada ikatan kontrak tahunan – komitmen berdasarkan bulan ke bulan, mengikut tahap kepuasan.
- Proses pemindahan pengetahuan teknikal secara langsung daripada konsultan kepada organisasi.
- Peluang membina sistem SOP berteraskan acuan piawaian antarabangsa (ISO).
Melalui pendekatan ini, organisasi anda akan memperoleh kefahaman mendalam tentang fungsi setiap SOP dan bagaimana ia dapat dikuatkuasakan dalam operasi sebenar.
Siapa Yang Patut Sertai?
Personal Coaching ini ditawarkan secara eksklusif kepada:
- Alumni Online Course Membina SOP Operasi Bisnes.
- Pemilik bisnes atau pengurusan organisasi yang mahu membangunkan SOP secara mendalam dengan bimbingan langsung daripada konsultan.
- Pasukan organisasi yang bersedia membina sistem kerja dalaman dengan disiplin dokumentasi dan pemantauan.
Latar Belakang Konsultan
Tuan Ahmad Mohamad Afandi merupakan Pegawai Penilai Bertauliah dari Jabatan Pembangunan Kemahiran dan HRDF Certified Trainer yang berkepakaran dalam bidang pembangunan SOP Proses Bisnes & Strategi Pemasaran.
Tarikh lawatan ke premis akan disusun bermula dari 1 haribulan sehingga 20 haribulan pada setiap bulan. Client akan dimaklumkan tentang tarikh lawatan lima (5) hari sebelum tarikh lawatan.
Pembangunan SOP membolehkan perniagaan atau organisasi bisnes mencapai standard pengurusan yang mengurangkan risiko ketirisan keuntungan sehingga 90% akibat dari workflow kerja yang boleh dimanipulasi staf.