Servis Pengurusan Digital Ads Media Sosial
Servis Pengurusan Digital Ads Media Sosial
Pakej Lengkap Penghasilan Video Iklan & Pengurusan Iklan Digital Untuk Media Sosial
Servis ini ditawarkan kepada pemilik bisnes dan organisasi yang mahu memperkukuh kehadiran jenama mereka di platform digital melalui video konten yang berimpak tinggi dan strategi pengiklanan yang terarah. Dikendalikan secara eksklusif oleh Tuan Ahmad Mohamad Afandi, perkhidmatan ini merangkumi rakaman, suntingan, pembinaan naratif iklan serta pengurusan dan pemantauan prestasi iklan di platform Facebook, Instagram dan TikTok.
Kenapa Servis Ini Penting untuk Bisnes Anda?
Bisnes yang menjadikan media sosial sebagai saluran utama penjualan produk atau servis memerlukan visual yang menarik, mesej yang jelas serta strategi iklan yang tepat. Namun ramai pemilik bisnes berhadapan dengan halangan berikut:
- Kesukaran menghasilkan video berkualiti dan menepati sasaran iklan
- Kekeliruan menyusun strategi pengiklanan dan pemilihan audiens yang tepat
- Ketidakpastian dalam menentukan naratif iklan yang sesuai dengan objektif bisnes
- Kurang masa untuk mengurus keseluruhan kempen iklan digital secara konsisten
Servis ini direka bagi menyelesaikan semua halangan di atas yang membolehkan pemilik bisnes memberi fokus kepada lead closing dan strategi susulan di landing page.
Ciri Utama & Manfaat Servis
- Sesi konsultansi awal selama 3 jam melalui Zoom untuk mengenal pasti kehendak dan matlamat iklan yang tepat
- Lawatan ke premis selama 1 hari bekerja (8 jam) untuk sesi rakaman dan penyuntingan video digital ads secara terus
- 3 video berdurasi bawah 60 saat dengan 3 naratif berbeza mengikut keperluan kempen (contoh: branding, masalah pelanggan, kelebihan produk)
- 2 format video profesional – 9:16 untuk Reels dan TikTok, 1:1 untuk Facebook Post bagi kepelbagaian penyampaian dan kesan maksimum
- Servis pengurusan iklan dan pemantauan prestasi selama 30 hari, termasuk pelarasan strategi berdasarkan prestasi iklan sebenar
Siapa Yang Patut Menggunakan Servis Ini?
Servis ini amat sesuai untuk:
- Pemilik bisnes atau organisasi yang menjadikan media sosial sebagai saluran utama jualan
- Mana-mana bisnes yang mahu meningkatkan pengenalan jenama dan impak visual di media sosial
- Usahawan yang mahu menyerahkan keseluruhan proses penghasilan video dan iklan kepada pasukan pakar
Harga Perkhidmatan
RM1,500. Merangkumi konsultansi, penghasilan video, pengurusan iklan dan pemantauan prestasi selama 30 hari.
Bagi client Sabah & Sarawak, tambahan RM1,500.00 diperlukan untuk kos penerbangan, tambahan logistik dan penginapan.